PENGURUSAN PANITIA BAHASA ARAB
DEFINISI
Pengurusan Panitia Bahasa Arab di sekolah bermaksud kemampuan dan kecekapan Panitia Bahasa Arab merancang, mengurus dan melaksanakan matlamat, objektif strategik dan program panitia secara berterusan dan berkesan.
OBJEKTIF
- Mempertingkatkan pemahaman mengenai struktur organisasi, fungsi dan tugas panitia Bahasa Arab di sekolah.
- Mempertingkatkan kerjasama dan muafakat GBA untuk merancang, melaksanakan, menyelia dan memantau keberkesanan semua program dan aktiviti yang berkaitan.
- Menggembleng tenaga GBA dalam melaksanakan aktiviti panitia.
- Berusaha secara muafakat untuk mencari penyelesaian masalah, kekangan dan hambatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar.
- Berusaha untuk mempertingkatkan pendokumentasian data / maklumat berkaitan dengan Bahasa Arab di sekolah.
- Menjadi penggerak kepada program dakwah dan bi'ah Islamiah di sekolah
ISU YANG PERLU DIFAHAMI
- Pemahaman tentang struktur organisasi, fungsi dan tugas panitia Bahasa Arab
- Pemahaman dan kemahiran tentang pelaksanaan Kurikulum Bahasa Arab
- Kerjasama sesama guru-guru Bahasa Arab dan pihak lain yang berkaitan
- Fungsi Mesyuarat dan Perjumpaan Panitia Bahasa Arab
- Pendokumentasian data / maklumat Bahasa Arab / sistem fail
SENARAI TUGAS
Ketua Panitia
- Bertanggungjawab ke atas perancangan, perjalanan dan kemajuan Bahasa Arab
- Memastikan semua guru Pendidikan Islam menggunakan Sukatan Pelajaran Bahasa Arab yang kemas kini.
- Mengadakan dan menyimpan fail-fail Bahasa Arab
- Memastikan semua guru Bahasa Arab membina soalan-soalan peperiksaan dalaman mengikut format yang ditentukan.
- Memastikan semua GBA menyediakan rancangan tahunan dan harian.
- Mempengerusikan Mesyuarat Panitia Bahasa Arab
- Menjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.
Setiausaha
- Menyediakan surat-surat Pekeliling / Mesyuarat Panitia Bahasa Arab
- Menyediakan agenda untuk semua Mesyuarat Panitia Bahasa Arab
- Mencatat minit dalam semua Mesyuarat Panitia Bahasa Arab
- Membentang minit dalam semua Mesyuarat Panitia Bahasa Arab
- Menguruskan semua surat keluar masuk Panitia Bahasa Arab.
- Menyediakan laporan bagi setiap kali program Panitia Bahasa Arab
- Menjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa